PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “CARA MENGATASI BERLELUASANYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN JUGA MASYARAKAT”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Puan Hayati Bt Talib @ Wahab kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih
OBJEKTIF:
i)
Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan
amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
ii)
Kerajaan juga mesti menekankan tentang keburukan amalan khurafat
dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam,
masjid dan lain-lain.
iii)
Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes
amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.
PENGENALAN
Pada masa kini, kita dihidangkan
dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk
hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu
mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun,
seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini
semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau
drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.
Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang
ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya
di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara
filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram.
Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram
ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan julan tiket mendapat
sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah
menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk
menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
Oleh itu, dalam kita berseronok
dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang
boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak
salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan
syariat. Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap
skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi
penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan
manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T.
Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada
fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri
dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media
massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai
penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya
mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama
pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat
terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif
disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.
HM Tuah Iskandar berpendapat dalam
buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”DBP 1997 “Media massa,sama ada
bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat
dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran
insan.Bagaimanapun,kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan
insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah
dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif”
.Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran
masyarakat.
Oleh yang demikian, tapisan yang
rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu
dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan
menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan
nilai-nilai murni. Saya kongsikan sedikit research yang telah dijalankan oleh
kami, Unit Penyelidikan dan Maklumat Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILMAM)
Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan
perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan
kita “Garis Panduan Penapisan
Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada
tahun 1996 dalam usaha membenteras
kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik. Garis Panduan ini disediakan
ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak,
filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri
dalam masyarakat. Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai
cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan,
kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam
perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah
Islam.
Pada tahun 21
November 2005, JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini
dengan menerbitkan pula “Garis Panduan –
Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang
Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah”.
Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi
perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat,
khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkara ghaibiyyat dsan
persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri
dan ajaib.
PENGERTIAN KHURAFAT:
·
Dalam kamus al-Marbawi
khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
·
Al-khurafat juga disebut
sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
·
Istilah khurafat telah diterima
pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya
kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu.
·
Khurafat maksudnya kepercayaan
karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang
akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada
perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian
itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
·
Di dalam kitab Addarul Nadid,
halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun apa yang
diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang
adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh
memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah
khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid”.
PENGERTIAN SYIRIK:
·
Syirik adalah suatu perbuatan
(dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang
melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur
baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran
Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.
·
Adapun menurut sifatnya, Syirik
terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni:
1. SYIRIK YANG MENYELISIHI
SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T:
Ø Syirik
Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah
ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan
dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Ø Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain Allah
ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa
izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Ø Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada
makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti
mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb
kita yang Maha Suci.
2. SYIRIK MENURUT KADARNYA
Ø Syirik Akbar (besar)
Iaitu syirik dalam keyakinan,
dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
-
Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah
dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
-
Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah
semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat
duniawi lainnya.
-
Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat
syariat selain Allah SWT atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah
dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
-
Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan
bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya
kepada Allah SWT.
Ø Syirik Ashghar (kecil)
Iaitu Riya', hal ini tidak
mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk
bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau
Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar
berupa Riya'.
Ø Syirik
Khafi (tersembunyi)
Iaitu seorang melakukan amal
dikeranakan keberadaanorang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini
tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
3. SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
Ø Syirik
I'tiqodi
Iaitu Syirik yang berupa
keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan
memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun
misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada
kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama
islam.
Ø Syirik
Amali
iaitu setiap amalan zahir yang
dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama
menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan
bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Ø Syirik
Lafzhi
Iaitu setiap lafaz yang
dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah
dengan selain nama Allah, seperti misalnya, "Tidak ada bagiku kecuali
Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu",
"Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan
begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan
(menyekutukan Allah SWT).
ANTARA ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM GARIS PANDUAN YANG
PERLU DITEKANKAN DI DALAM PERFILEMAN
PENERBITAN
Takrif
Menurut
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), penerbitan ditakrifkan
sebagai:
a)
Dokumen,
akhbar, buku dan majalah;
b)
Semua
bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa
dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran
yang boleh dilihat;
c)
Apa-apa
jua yang mengikut rupa bentuknya atau dengan apa juga cara boleh membayangkan
kata-kata atau idea-idea, dan;
d)
Rakaman
suara iaitu apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik
insrumental atau lain-lain bunyi dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper
laser.
Menurut
Kamus Dewan bahawa, audio visual pula adalah sesuatu yang melibatkan atau
menggunakan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu Garis Panduan ini juga adalah
digunapakai bagi semua bentuk penerbitan yang melibatkan audio visual dalam
aspek perfileman, meliputi sinematografi, pita, video, disket, cakera laser,
cakera padat, cakera keras atau rekod lain bagi suatu urutan imej gambar tampak
yang merupakan suatu rekod yang digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan
urutan itu sebagai suatu gambar bergerak sama ada atau tidak diiringi oleh
bunyi.
KEPERCAYAAN KEPADA BENDA BENDA KERAMAT, KHURAFAT,
TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT DAN GHAIBIYYAT.
Takrif
Mengikut Kamus
Dewan, istilah keramat bermaksud; suci dan berkat daripada kesuciannya itu
(dipercayai) dapat mendatangkan hikmat (seperti menyembuhkan penyakit, memberi
keselamatan dan sebagainya). Ia juga bermaksud tempat atau sesuatu yang suci
dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat.
Menurut Kitab Al-Mu’jam
al-Wasit, khurafat adalah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan
dengan perkara dusta. Manakala mengikut Kamus al-Marbawi bahawa khurafat ialah;
sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa; khurafat
adalah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk
dipercayai kebenarannya.
Berdasarkan takrif
tersebut dapat dibuat kesimpulan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara
mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut atau tahyul
yang menyimpang dari ajaran Islam.
Manakala istilah
tahyul pula adalah bermaksud; semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan,
ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan
yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan
dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.
Manakala
kebudayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu
masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta ianya bercanggah dengan
ajaran Islam.
Perkara ghaibiyyat
pula ialah perkara-perkara mengenai akidah Islam yang tidak nampak dengan mata
kasar, tetapi wajib dipercayai oleh semua umat Islam. Ianya meliputi
perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, malaikat, persoalan
roh, alam akhirat, alam kubur dan mati, dan juga alam makhluk halus dari
kalangan jin.
HUKUM
MEMPERCAYAINYA
Hukum
mempercayai adanya keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah
syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain
daripada kekuasaan Allah S.W.T.
Maksud
firman Allah S.W.T. (Yunus: 106)”:
“Dan
janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim.”
Maksud
hadith Nabi saw pula:
“Jauhilah
tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu?
Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan
riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik
melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith
Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)
Perkara-perkara
berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat
yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang
dipapar dan diceritakan.
ANTARA BENTUK-BENTUK KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL DAN
KEBUDAYAAN KARUT YANG DIPERCAYAI OLEH MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM MEDIA HARI
INI.
Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda
dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga
keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
a)
Menganggap
keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan
tertentu.
b)
Cerita-cerita
yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
c)
Cerita-cerita
yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan
karut.
d)
Cerita-cerita
yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan
Islam.
e)
Cerita-cerita
yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan
memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
f)
Menggunakan
objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang
tertentu.
g)
Cerita-cerita
yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan
sebagainya.
h)
BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG
Semua bentuk
penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda
keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu.
I.
Mengenai kepercayaan kepada
objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh
memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
II.
Mengenai kepercayaan
kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang
sial.
Semua penerbitan
yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa
qudrat dan iradat daripada Allah S.W.T. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga
dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain).
I.
Memaparkan kisah-kisah perbomohan
yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh
menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong
daripada Allah.
II.
Memaparkan kisah-kisah
pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan
seumpamanya.
Semua penerbitan
yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan
ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith.
I.
Memaparkan kisah-kisah
mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga
dan Neraka.
II.
Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama
jin, secara jelas dan nyata.
Semua penerbitan
yang memaparkan pemujaan-pemujaan kepada makhluk syaitan, atau kisah-kisah
manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh.
I.
Kisah-kisah bomoh
menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama
menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang.
II.
Kisah-kisah yang
memaparkan tentang pengalaman yang berkaitan dengan penjelmaan semula roh orang
yang telah mati (Istihdhar al-Arwah), penurunan roh (Istinzal al-Arwah) dan roh
berkuasa menolong (Istikhdam al-Arwah).
Semua penerbitan
yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama,
kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
I.
Mengenai kepercayaan
kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di
cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.
II.
Mengenai kepercayaan
bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala.
Penerbitan yang
memaparkan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
I.
Mengenai kepercayaan
kepada cerita-cerita kononnya dengan memaku tengkok pontianak boleh menyebabkan
pontianak tersebut menjelma semula menjadi manusia.
SENARAI FILEM, DRAMA ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG
MENGANDUNGI UNSUR UNSUR KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU
GHAIBIYAT.
AMALAN SYIRIK DAN
KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT
MENDIRIKAN
RUMAH BARU
·
Antara
Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat
untuk mendirikan rumah baru ialah
seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/
emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai
upacara memulih rumah tersebut.
·
Acara-acara
tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di
ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan
kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih
daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan
kesejahteraan penghuni rumah itu.
UPACARA
MENURUNKAN PERAHU/KAPAL YANG
BARU KE LAUT
·
Upacara
ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat
daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas.
·
Upacara dilakukan
dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan
mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
KENDURI
TOLAK BALA
·
Kenduri ini dilakukan
setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan
setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk
membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung
tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
·
Kenduri tolak bala
sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana
jua dengan syarat:
I.
Tidak bercampur
antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut.
II.
Melaksanakan kaedah-kaedah
yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.
UPACARA PERSANDINGAN
·
Persandingan
sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai
yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi
Sita.
·
Persandingan secara
ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya
dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai
ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja
Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai
Raja Sehari.
MENGANDUNG
/ KELAHIRAN BAYI
·
Sebelum
ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut.
Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh
lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di
letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara
pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
KESAN KESAN FILEM BERUNSUR KHURAFAT ATAU
SYIRIK KEPADA AKIDAH MASYARAKAT
Perkara yang membawa
terpesong akidah
4.
Terdapat
satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas
kematian dan siksaan2 yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah
kerana penonton akan menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti
yang digambarkan.
5.
Bentuk
sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan yang tidak
difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton. Malah, penonton
juga sedikit-sebanyak turut meniru perlakuan tersebut.
6.
Ramai
masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang
sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa
makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya
seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin
untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada
kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk
ini berbanding takutkan Allah Taala.
Kesan-kesan lain:
1. Memperbodohkan masyarakat
Islam
tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk
termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan
mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Bahkan drama
dan filem seram yang keterlaluan amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang
kepada penyelewengan akidah.
Peter
Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk “The Cultivation of Hatred”
menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setiap abad
manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter
Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia
apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan-golongan yang menanam
dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahyul dan mistik.
Ini
akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka
pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat.
Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak
mampu untuk menjadi negara yang maju. Justeru, adakah kita kita ingin kembali
kepada zaman dimana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita pada
satu ketika dahulu ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai
pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?
2. Cerita tahyul dijadikan hiburan
semata-mata
Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah
kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat
berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan
perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil
ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.
3. Pengaruh kepada kanak-kanak
Kanak2 belajar daripada pemerhatian.
Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan
dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia
menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada
mereka di masa akan datang.
4. Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu
yang salah
Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut
dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai
kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu
sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur
khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri.
5. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai
Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi
umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya
sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem
yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat
televisyen perdana menyumbang kepada
budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan
sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini,
sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat
‘misteri’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila
malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri
diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan
melalaikan.
CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT:
KERAJAAN
·
Mengadakan
kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri,
masyarakat, agama dan negara.
·
Kerajaan juga perlu
meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam
buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak
muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
·
Memberi penerangan
lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
·
Menggunakan media
masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni
·
Mewujudkan unit
kaunseling dan pusat pembentukkan akidah terutamanya
dikalangan remaja Islam.
·
Mengawal pengaruh
luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.
·
Menguatkuasa
undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.
PERANAN
MASYARAKAT
·
Masyarakat Melayu
memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan
sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan
kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah
menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita
menjadi seorang yang musyrik.
PERANAN
DIRI SENDIRI
·
Memandangkan dunia kini semakin moden,
alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan
manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang
mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya
Allah tidak murka.
KESIMPULAN
Berdasarkan
penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media
mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan
oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara
amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.Masyarakat
muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang
pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya
memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.
Kita
sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah
melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga
perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika
kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia
selemah-lemah iman.
Kami akan akhiri blog ini dengan video yang bertajuk BERSIHKAN DIRI DARI SYIRIK DAN KHURAFAT yang disampaikan oleh DR. ABDULLAH YASIN